Rabu, 30 Januari 2008

Sukan Tahunan


Hari sukan adalah antara aktiviti tahunan yang memerlukan sumber kewangan yang agak besar. Namun kesannya amat baik dalam mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibubapa, guru dan anak-anak.

lawatan sambil belajar

Lawatan sambil belajar mendedahkan kanak-kanak kpada dunia luar dengan cara yang menyeronokkan.
MENGURUSKAN KEWANGAN TADIKA

Pengurusan kewangan sesebuah TADIKA meliputi cara mencari jalan meningkatkan sumber pendapatan melalui pungutan yuran, derma ataupun geran pinjaman. Penentuan yuran biasanya bergantung kepada jenis perkhidmatan yang disediakan oleh TADIKA itu sendiri.

YURAN TADIKA
Yuran yang biasa dikenakan oleh sesebuah TADIKA adalah seperti berikut ;

Yuran Pendaftaran : digunakan untuk membuka rekod kanak-kanak.
Yuran Bulanan : dikutip setiap bulan. Ketetapan mengikut kos gaji guru, sewa premis, bahan P& P dan juga kemudahan yang disediakan oleh TADIKA.
Yuran Aktiviti : pembiayaan untuk aktiviti ataupun program tahunan tadika seperti sukan, lawatan dan sebagainya.
Yuran Buku Kerja : untuk pembelian buku-buku kerja
Yuran Peralatan dan Alat Tulis : digunakan untuk membeli alat tulis serta bahan bantu mengajar.

DERMA
Walaupun sesebuah TADIKA itu menerima kutipan yuran yang mencukupi, pihak pengurusan masih perlu memikirkan cara untuk menambahkan sumber kewangan melalui beberapa cara seperti Jualan Amal, menganjurkan konsert, menggalakkan ibubapa menderma untuk menjayakan acara tahunan TADIKA seperti Majlis Konvokesyen dan Sukan Tahunan serta memohon sumbangan dari mana-mana pihak yang berminat untuk menaja acara yang dijalankan oleh pihak TADIKA.

MEMBUAT PINJAMAN
Sesuai dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan terutamanya dari golongan siswazah, maka terdapat banyak institusi yang menawarkan pinjaman untuk memulakan sesebuah TADIKA. Mana-mana yang berminat bolehlah merujuk kepada institusi perbankan, Prugram Usahawan oleh MARA, Bank Pembangunan ataupun mana-mana Franchaisor yang menyediakan program perniagaan TADIKA. Sebelum membuat pinjaman perlu diteliti kadar faedah yang dikenakan agar ianya tidak membebankan pengurusan pada masa hadapan.

MERANGKA PERBELANJAAN TADIKA
Perbelanjaan sesebuah TADIKA meliputi kos bagi gaji kakitangan, caruman KWSP, SOCSO, elaun keraian, kos sewa ataupun bayaran pinjaman premis, bil-bil bulanan, makanan, alatan pembelajaran dan perbelanjaan aktiviti. Sebagai rujukan, ianya dapat diringkaskan sebagaimana berikut ;

Bahan Makanan Mentah / Basah
Bahan Makanan Kering
Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Buku Lembaran Kerja
Alat Tulis
Fotostat
Alatan Pejabat
Gaji Guru
Peralatan Tadika
Bil Air/ Api/ Telefon / Astro
Aktiviti Tahunan
Aktiviti Lawatan
Insurans
Lain-lain

A few things to DISCUSS…. :

Apakah pilihan yang anda titikberatkan untuk menghantar anak-anak ke sesebuah TADIKA? Adakah kerana program-program yang digunakan atau matapelajaran yang diajar ? Atau kerana YURAN yang dikenakan rendah..ataupun kemudahan-kemudahan yang disediakan tanpa merujuk kepada kualiti program yang diajarkan/


Bagaimana seorang pengurus itu dapat meminimumkan perbelanjaan sesebuah TADIKA agar hasil pendapatan dapat ditingkatkan ? Any idea ….. please share….

Selasa, 29 Januari 2008

Tadika Cahaya Warisan


peranan air dalam tumbesaran

Isnin, 28 Januari 2008

Pengurusan Tadika Cemerlang

Membangun Melalui Pendidikan

“ Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.. Pentingnya pendidikan di peringkat TADIKA
Sesuatu nilai murni tidak akan wujud jika tidak ditanam dan dipraktikkan dari peringkat awal iaitu sejak kecil lagi. Mendisiplin dan membimbing kanak-kanak harus dibuat diperingkat awal supaya mereka tahu dan dapat membezakan yang buruk dan baik sejak dari kanak-kanak lagi.

Jika nilai ini dapat dijadikan sebahagian daripada hidup mereka, maka apabila dewasa kelak mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan amalan-amalan yang kurang sihat.

Menguruskan TADIKA.
Pada masa sekarang TADIKA merupakan satu bentuk perniagaan. Justeru pengurusan sesebuah TADIKA perlulah mempunyai kemahiran pengurusan perniagaan yang tinggi berdasarkan teori pengurusan organisasi. Teori pengurusan bertujuan menerangkan bagaimana proses organisasi diurus berpandukan idea, konsep ataupun prinsip yang diatur. Ia diperlukan bagi mencapai matlamat yang dirangka dengan menggunakan masa, tenaga dan kos pada tahap MINIMUM bagi mendapatkan pulangan yang MAKSIMUM
Apakah Pengurusan Reflektif ? Let’s discuss